BUTTERWORTH: Seorang peniaga didenda RM70,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini, atas tujuh pertuduhan menyimpan hidupan liar tanpa lesen Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Loh Kok Keong, 46, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan bersalah ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh pada 16 Julai 2023 jam 8.40 malam dalam kenderaan Toyota Hilux didakwa telah menyimpan empat ekor 'Ball Python' iaitu hidupan liar yang dilindungi Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) tanpa lesen Perhilitan.
Berikutan itu, dia telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 60 (1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 (Akta A 1646).
Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali.
Bagi pertuduhan pertama, dia didenda RM10,000 dan jika gagal membayar boleh dihukum lima bulan penjara.
Bagi pertuduhan kedua, pada 16 Julai 2023 tertuduh secara bersama seorang wanita warga Thailand, Ubonrat Saeso di Taman Jati, Butterworth didakwa telah menyimpan 193 ekor Ball Python tanpa lesen Perhilitan.
Bagi kesalahan tersebut, dia didenda RM30,000 dan jika gagal membayar boleh dihukum 10 bulan penjara.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nazarudin Kamarudin dan Nadzatul Natasha Mustafa Kamal manakala tertuduh diwakili peguam Foong Choon Kit.
Dalam pada itu, Kok Keong turut berdepan lima pertuduhan lain iaitu menyimpan seekor Leopard Tortoise, dua ekor Yellow Footed Tortoise, dua ekor Indian Star Tortoise, dua ekor Suicata Tortoise dan dua ekor Green Iguana tanpa lesen.
Bagi setiap kesalahan tersebut, tertuduh didenda antara RM4,000 hingga RM8,000 dan jika gagal membayar boleh dihukum penjara antara sebulan hingga empat bulan.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Mar 19 2024
Kok Keong membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
AWANI Ringkas: Sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk pulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Enam bekas penuntut UPNM buli, bunuh Zulfarhan - Pendakwaan
Pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan menjatuhi enam bekas penuntut UPNM hukuman mati kerana membuli dan menyebabkan kematian (bunuh) rakan mereka, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja
Seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat perkapalan direman selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Subang Jaya dan Petaling Jaya.
Exco Pelancongan Perlis ditidurkan akibat komplikasi jantung, paru-paru
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Budak 5 tahun nodai adik kembar akibat ketagih seks
Gara-gara kerap menyaksikan ibu kandung melakukan hubungan seks bersama teman lelaki, seorang kanak-kanak lingkungan lima tahun tergamak menodai adik kembarnya.
Anwar-Wong boleh jadi pelopor bangun standard ESG serantau di Asia Tenggara - Penganalisis
Singapura dan Malaysia berkedudukan baik untuk menggerakkkan agenda kemampanan mereka dan menetapkan duluan bagi kerjasama inisiatif hijau.
Kertas siasatan kes bagasi RM500,000 dirujuk kepada Bukit Aman
Polis Selangor akan merujuk kertas siasatan kes penemuan bagasi berisi wang tunai RM500,000 pada Mac lepas kepada Bukit Aman.
Jemaah Menteri Malaysia rakam ucapan tahniah kepada Lawrence Wong
Ucapan itu antara intipati mesyuarat Kabinet dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Putrajaya pada Rabu.
Peniaga didenda RM70,000 simpan haiwan eksotik tanpa lesen
PENIAGA DIDENDA RM70,000 SIMPAN HAIWAN EKSOTIK TANPA LESEN
Jual spesies hidupan liar eksotik dalam talian secara pesan hantar
Penggunaan media sosial yang luas dan kawalan privasi yang ketat menyukarkan usaha untuk menjejaki individu penjenayah yang sebenar.
Minat haiwan eksotik, cetus idea Kakak Raptor buka 'petting zoo' bergerak
Mini zoo bergerak yang dibuka sejak 2016 itu, kini menjadi sumber pendapatannya.
Sup kala jengking, ular menu kegemaran di Guangdong
Makanan berasaskan serangga telah menjadi sebahagian daripada masakan masyarakat China sejak sekian lama.
Haiwan eksotik ambil kesempatan mengawan semasa zoo ditutup akibat COVID-19
Antara kelahiran baharu haiwan-haiwan itu adalah harimau bintang, harimau bengal, kuda belang, zirafah, antelop dan lembu.
Gagal seludup haiwan eksotik, 92 kura-kura dari Thailand
PGA Batalion 8 menahan seorang lelaki yang dipercayai menyeludup masuk pelbagai haiwan eksotik bernilai RM61,800.
Import hidupan liar diharamkan di Sarawak - SFC
Langkah itu bertujuan melindungi spesies hidupan liar berasal dari Sarawak dari ancaman.
China nafi kewujudan pasar haiwan eksotik - Kementerian Luar
Jurucakap Kementerian Luar China membidas kenyataan pegawai AS, yang mendakwa China kini mengubal undang-undang menyeluruh berkenaan kegiatan haram seperti memburu, memperdagang, mengeksport haiwan li
Australia gesa pengharaman pasar jual haiwan liar
Kerajaan Australia telah meminta sokongan negara-negara G20 untuk bersatu dalam memastikan isu ini ditangani.
Pasar haiwan eksotik Wuhan dibuka semula?
Selepas tiga bulan penularan wabak COVID-19, pasar daging di sekitar dua bandar terkemuka di Guilin dan Dongguan, China kembali menjual kelawar dan kala jengking serta pelbagai haiwan eksotik.